Rawatan Dialisis di Malaysia: Pusat Dialisis dan Kosnya
Buah pinggang mempunyai fungsi penting untuk menapiskan darah, pengeluaran toksin dan air yang berlebihan dari sistem dan darah kita. Terdapat ramai pesakit di Malaysia yang disahkan menghidap penyakit buah pinggang dan jumlah ini semakin meningkat setiap hari. Malangnya, tanda-tanda kegagalan buah pinggang hanya boleh dikesan apabila ia sudah kritikal dan sudah terlambat untuk berbuat apa-apa. Oleh itu, mengesan punca awal gejala ini adalah amat penting untuk menggelakkan kegagalan buah pinggang ini dari berlaku. Antara punca-punca penyakit buah pinggang adalah seperti obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi. Kegagalan buah pinggang boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa mengira usia, samada kanak-kanak mahupun dewasa. Seseorang boleh mendapat penyakit ini sekiranya mereka tidak menjaga cara pengambilan makanan mereka dan juga kesihatan mereka. Jika buah pinggang sudah mula gagal berfungsi, maka pesakit haruslah menjalani rawatan dialisis.
Tanda-tanda kegagalan buah pinggang ialah:
- Kuantiti kencing semakin kurang
- Bengkak pada kaki, pergelangan kaki, dan kaki kerana penahanan air dalam badan disebabkan oleh kegagalan buah pinggang anda untuk menghapuskan pembaziran air
- Sesak nafas yang tidak dapat dijelaskan
- Mengantuk yang berlebihan atau kerap keletihan
- Loya berterusan
- Selalu kekeliruan
- Sakit atau tekanan di dada anda
- Sawan
- Koma
Jika anda mengalami mana-mana simptom di atas, anda perlu segera menemui pakar nefrologi berhampiran anda. Berikut adalah senarai pakar nefrologi di laman web kami, LookP.com.
Apakah dialisis? Dialisis adalah satu rawatan yang menapis dan membersihkan darah menggunakan mesin apabila buah pinggang telah gagal untuk berbuat demikian. Terdapat dua jenis rawatan dialisis iaitu Hemodialisis dan Peritoneal Dialisis. Hemodialisis adalah jenis yang biasa dilakukan oleh pesakit. Ia menggunakan buah pinggang tiruan dikenali sebagai haemodializer yang menghilangkan sisa toksin dan bahan kimia dari dalam darah. Pakar nefrologi akan membuat akses vaskular ke dalam saluran darah untuk menyenangkan aliran proses pembersihan darah. Akses vaskular boleh dilakukan pada dua tempat iaitu tangan atau leher. Proses rawatan mengambil masa tiga hingga lima jam dan dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Kekerapan dan jangka masa berubah mengikut kehandak doktor dan keadaan kesihatan badan anda.
Jenis yang kedua pula adalah dialisis peritoneal. Proses ini melibatkan pembedahan pada awalnya untuk menanam kateter ke dalam perut pesakit. Kaedah ini menggunakan badan pesakit sendiri untuk menapis dan menyingkirkan bahan buangan dan lebihan cecair. Pertama sekali, larutan akan dimasukkan dalam badan dan kemudian sisa dan cecair berlebihan dikeluarkan ke dalam beg buangan. Proses ini mengambil masa 30-40 minit dan perlu dilakukan 4 kali sehari. Rawatan ini boleh dilakukan oleh pesakit itu sendiri dan latihan akan diberikan oleh doktor buah pinggang mereka, supaya mereka boleh melakukannya sendiri di rumah. Rawatan ini juga boleh dilakukan apabila pesakit tidur supaya masa tidak dibazirkan.
Seterusnya, mari kita berbincang pula mengenai kos rawatan. Kos untuk dialisis adalah dalam lingkungan RM 13 - RM 285 setiap rawatan. Perbezaan harga bagi kos rawatan ini adalah disebabkan oleh kos rawatan di hospital kerajaan jauh lebih murah berbanding di pusat dialisis swasta. Anda mungkin merasa kosnya terlalu mahal namun rawatan dialisis ini sebenarnya perlu dilakukan beberapa kali dalam satu hari / minggu. Oleh itu, terdapat badan bukan kerajaan (NGO), persatuan dan kerajaan yang membantu menyokong sejumlah kos untuk rawatan. Harga NGO adalah dalam lingkungan RM 0 - RM 90 mengikut keadaan rumah anda. Mereka akan mengadakan temu bual dengan anda dan melihat di manakah tempat tinggal anda sebelum menerima permohonan anda. Selain daripada itu, terdapat juga potongan PERKESO di mana pekerja sektor swasta boleh memohon. PERKESO mempunyai potongan sebanyak RM 150. Jika rawatan kos lebih daripada RM 150 di pusat dialisis, pesakit perlu menambah jumlah selebihnya dari wang saku sendiri. Jika pesakit atau anak pesakit ini terlibat dalam sektor kerajaan, kos rawatan adalah RM 280 dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan, tetapi untuk ini anda perlu membayar terlebih dahulu dan kemudian pekerja kerajaan perlu menuntut daripada jabatan mereka bekerja. Jika anda tidak layak untuk semua di atas, anda boleh memohon untuk subsidi kerajaan sebanyak RM 50. Orang Islam boleh meminta tajaan daripada Baitulmal juga. Untuk semua aplikasi penaja di atas, anda perlu membawa kad pengenalan, laporan dialisis, ujian darah HIV dan semua jenis hepatitis (A, B, C) dan laporan diagnosis doktor dan surat rujukan dari pusat diagnosis yang menyatakan pesakit akan melakukan rawatan.
Jika anda pesakit kali pertama, anda mungkin perlu membayar deposit untuk satu rawatan dan juga bayaran pendaftaran untuk mengesahkan tempahan rawatan anda. Jika anda mempunyai apa-apa komplikasi atau atas permintaan doktor, anda mungkin perlu membayar lebih untuk suntikan seperti EPO. Caj untuk setiap suntikan adalah dalam lingkunan RM 18 - RM 120. Sekali-sekala, anda mungkin perlu melakukan ujian darah untuk mengetahui kondisi darah. Rangkaian harga adalah sekitar RM 240 - RM 320 di sektor swasta.
Apabila anda didiagnosis dengan penyakit buah pinggang, sudah tiba masanya untuk anda mula mencari pusat dialisis, dan di sini disertakan senarai pusat-pusat dialisis berhampiran anda supaya anda boleh menghubungi mereka untuk melakukan kajian tentang pusat dialisis tersebut. Setiap pusat dialisis mempunyai harga dan prosedur yang berbeza. Jadi, ia adalah penting untuk anda mengambil tahu seberapa banyak mungkin maklumat mengenai pusat dialisis yang anda telah pilih ataupun hendak dipilih. Satu lagi perkara penting ialah terdapat ramai pesakit dialisis di seluruh negara yang menerima rawatan dan ramai yang masih dalam senarai menunggu untuk menerima rawatan kerana tidak ada tempat untuk membuat rawatan. Jadi, sila hubungi pusat dialisis sebelum pergi ke pusat dialisis tersebut dan ketahui jika terdapat kekosongan di situ. Jika masih ada kekosongan, segeralah membuat tempahan di pusat dialisis tersebut dan pergi ke sana bersama dokumen-dokumen yang diperlukan. Jika anda dimasukkan ke dalam senarai menunggu, anda mungkin perlu menunggu sehingga setahun untuk mendapatkan rawatan bergantung kepada betapa serius keadaan anda.
Berikut adalah dokumen yang anda perlu membawa dengan anda untuk lawatan kali pertama anda:
- Gambar berukuran passport
- Salinan kad pengenalan
- Laporan Diagnosis Doktor
- Kepututsan Ujian Darah (HIV, Hepatitis- A & B & C)
- Wang tambahan untuk ubat (jika ada)
- Laporan Dialisis
Terdapat beberapa risiko rawatan dialisis yang anda mungkin perlu merujuk kepada doktor buah pinggang untuk maklumat lanjut:
- Jangkitan
- Tekanan darah rendah
- Anemia, atau tidak mempunyai sel darah merah yang mencukupi
- Kekejangan otot
- Kesukaran Tidur
- Gatal-gatal
- Tahap kalium dalam darah tinggi
- Kemurungan
- Pericarditis, keradangan membran sekitar jantung
Jadi, ini adalah beberapa info asas mengenai rawatan dialisis di Malaysia. Saya berharap ia dapat membantu anda memahami lebih mendalam mengenai kepentingan rawatan dialisis ini dijalankan.