Penjagaan Kulit Amat Penting Di Kalangan Pelajar
Jerawat adalah masalah kulit yang sangat common, dan masalah ini berkaitan dengan hormon seseorang. Sebab itulah, masalah ini mula ketara ketika usia baligh dan boleh mengenai seseorang selagi kita ada hormon, bezanya cuma samada teruk atau tidak. Kulit berjerawat juga meninggalkan kesan psikologi yang mendalam kepada seseorang. Perasaan rendah diri dan kurang keyakinan diri sering membelengu mereka ini.
Ada juga kajian di luar negeri mendapati mereka yang kulit berjerawat berisiko untuk tidak terpilih untuk mendapat pekerjaan ketika di temuduga. Muka yang berjerawat seringkali mendatangkan persepsi negatif kepada yang melihatnya seperti 'tidak pembersih' atau 'tidak menjaga penampilan diri'. Betapa 'first impression' memainkan peranan yang besar dalam kehidupan kita.
Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Johor menjalankan kajian mengenai jerawat dan kesannya ke atas kualiti hidup remaja. khususnya pelajar di Malaysia. Tinjau selidik ringkas yang dijalankan di beberapa kolej mendapati kebanyakan pelajar yang mengalami masalah kulit adalah lelaki. Hampir 70 peratus daripadanya mengalami masalah kulit seperti jerawat, pori tersumbat dan kulit berminyak. Secara keseluruhan, isu paling biasa di universiti adalah jerawat, kulit berminyak, kulit kering, masalah bintik hitam dan pori besar.
Kajian ini menggunakan Sistem Pengeredan Jerawat Global untuk menilai kualiti hidup dalam kalangan remaja berjerawat. Bagi menyedari bertapa pentingnya kesedaran dalam kalangan remaja mengenai penjagaan diri dan kulit, satu kempen Be Youtiful anjuran HerbaLine diadakan bagi memupuk kesedaran dan tumpuan mengenai masalah kulit yang jarang diberi perhatian.
Kempen Be Youtiful HerbaLine bertujuan menangani masalah kulit yang semakin meningkat dan tahap keyakinan serta kualiti yang menurun dalam kalangan pelajar melalui dua aktiviti penting iaitu siri pameran bergerak mengenai pengurusan kulit dan sesi perkongsian kecemerlangan pelajar oleh Pengarah Urusan HerbaLine, C. K. Low.Kempen itu berjaya menarik 15,000 pelajar di seluruh negara.
Menurut Low, kempen Be Youtiful itu dapat membantu memberi inspirasi kepada lebih ramai pelajar untuk menangani imej luar dan dalaman mereka, meningkatkan keyakinan dan menggalakkan pihak institut pengajian tinggi mengenal pasti, mengurus serta mendidik remaja secara aktif mengenai jerawat.Sejak memulakan kempen pada Mei lalu, pasukan Be Youtiful mengunjungi beberapa universiti seperti Kolej Tunku Abdul Rahman, Universiti Multimedia, Management & Science University, HELP, Universiti Sunway dan Kolej UCSI. Selain memperlihatkan cara penjagaan kesihatan kulit dan kecantikan luaran, HerbaLine menggalakkan pelajar menjaga kecantikan bagi menambah keyakinan, memperkasakan diri dan meningkatkan kecemerlangan akademik.
Pameran bergerak Be Youtiful menawarkan perkhidmatan perundingan, pemeriksaan, petua dan kefahaman mengenai cara penjagaan kulit wajah kepada pelajar secara percuma.
Pelajar ditawarkan perkhidmatan rawatan muka terkini HerbaLine Quick Cleanse yang pada asasnya membersihkan bintik putih dan hitam serta jerawat pada zon T muka dalam masa hanya 20 minit. Kaedah ini, untuk menjadikan kulit wajah menjadi sihat dengan penghasilan kolagen, dapat mengatur penghasilan melanin dalam sel-sel kulit, serta dapat mengembalikan keseimbangan keanjalan kulit. Kesihatan kulit dapat diperoleh dengan membersihkan wajah dua kali sehari menggunakan produk bersesuaian atau menggunakan air bersih.
source:
1. http://www.hmetro.com.my/node/74019
2. http://www.pakarjerawat.com/cara-menghilangkan-parut-dan-bekas-jerawat/