Pakej Pemeriksaan Kesihatan di Malaysia

“Jagalah tubuh badan anda. Di situlah satu-satunya tempat untuk anda tinggal.” Petikan kata-kata dari Jim Rohn.  Kekerapan melakukan senaman tidak memberi jaminan bahawa anda tidak menghidap sebarang penyakit.  Boleh jadi sesetengah penyakit menjadi pembunuh senyap di mana penyakit ini tidak memberi sebarang tanda-tanda bahawa tubuh dalaman kita sedang berada ditahap yang kritikal. Oleh sebab yang demikian, pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup adalah sangat penting. Selain itu, pemeriksaan kesihatan juga merupakan salah satu insiatif untuk mengesan penyakit sebelum ianya menjadi lebih buruk.

Infomasi asas mengenai pemeriksaan kesihatan:

Lazimnya, orang ramai akan menjalani pemeriksaan kesihatan adalah kerana dua sebab iaitu bagi menjalani pemeriksaan pra-universiti dan pemeriksaan bagi pra-perkahwinan. Pemeriksaan pra-universiti selalunya melibatkan beberapa ujian misalnya pemeriksaan fizikal, x-ray dada, ujian air kencing, ujian kumpulan darah dan ujian air kencing morfin dan juga ganja. Jumlah kos bagi kesemua ujian ini adalah sekitar RM 50 hingga RM 150 bagi setiap seorang. Sebarang penambahan ujian lain seperti ujian fungsi hati & buah pinggang serta ujian lengkap kiraan darah akan dikenakan bayaran tambahan. Bagi keputusan pemeriksaan pula, anda boleh mendapatkannya dalam kadar yang segera iaitu pada hari yang sama anda menjalani pemeriksaan kesihatan tersebut. Akan tetapi bagi ujian darah selalunya memakan masa selama satu ke dua hari untuk mendapatkan keputusan.

Namun, lain pula ceritanya bagi pemeriksaan pra-perkahwinan. Kos bagi setiap orang dianggarkan sekitar RM 200 hingga RM 400. Terdapat juga sesetengah klinik yang menyediakan harga melalui pakej iaitu sekitar RM 700 hingga RM 900 bagi setiap pasangan. Antara ujian yang disediakan adalah analisis air mani, ujian lengkap kiraan darah, ujian kumpulan darah, ujian air kencing isteri, ultrasound, ujian Rubella dan lain-lain lagi. Lazimnya, kos bagi pemeriksaan kaum lelaki adalah lebih murah berbanding kaum wanita dan hanya mengambil masa beberapa hari untuk mendapatkan keputusan pemeriksaan kesihatan tersebut, bergantung pada kecekapan sesebuah klinik itu sendiri.

Manakala bagi pemeriksaan kesihatan asas pula, kosnya adalah sekitar RM 150 hingga RM 200 setiap seorang termasuk ujian kiraan lengkap darah, x-ray dada, ujian fungsi hati dan buah pinggang  serta beberapa jenis ujian lagi. Sungguhpun begitu, kos bagi pemeriksaan asas ini mungkin menjadi lebih tinggi dari apa yang diramalkan jika ujian seperti ujian tumor, ujian lumuran pap (Pap smear test), mammogram dan ultrasound dijalankan. Kos bagi penambahan ujian ini sahaja mungkin boleh mencecah RM 400 hinggga RM 1500 setiap seorang.

Jika anda bercadang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, sebenarnya anda mempunyai 3 pilihan destinasi untuk dituju iaitu di makmal, farmasi dan juga hospital. Terdapat beberapa perbezaan dari segi harga dan juga khidmat yang disediakan bagi ketiga-tiga pusat kesihatan ini dan isu inilah yang bakal dibincangkan dalam artikel pada kali ini. 

 Gambar pemeriksaan kesihatan

Mari kita lihat makmal patologi yang agak terkenal di sekitar Malaysia yang menyediakan khidmatan pemeriksaan kesihatan dan juga khidmat lain.

1. BP Healthcare

Gambar BP Healthcare

BP Healthcare seakan sudah tidak asing lagi dengan kepakaran mereka dalam perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan pelbagai lagi perkhimatan klinikal seperti profil alahan dan pemeriksaan gastrousus. BP Helathcare mempunyai sebanyak 70 makmal di sekitar Malaysia. Anda boleh membuat temujanji bagi pemeriksaan kesihatan di laman web rasmi mereka ataupun terus ke cawangan mereka yang berdekatan. Manakala bagi ujian darah dan ujian air kencing, anda boleh menjalani ujian tersebut tanpa perlu membuat sebarang temujanji. Rajah di bawah menunjukkan pakej-pakej yang ditawarkan dan juga senarai ujian termasuk harga.

Pakej Pemeriksaan Kesihatan

Pakej Asas : RM 168

i. Ujian Darah

ii. Ujian Fungsi Buah Pinggang

iii. Fungsi Hati

iv. Hepatitis B

v. Profil Lipid

vi. Analisis Air Kencing

 

 

vii. Pemeriksaan Penyakit Berjangkit

viii.  Penanda tumor

ix. Ujian Tiroid Hormon

x. Saringan Diabetes

xi. Ujian Lain-lain (Rheumatoid Factor) Ujian Diagnostik (Audiometry)

 

*juga termasuk  FOC Komposisi Badan Analisis (BCA)

Pakej Menyeluruh: RM 748

i. Air kencing Microscopy

ii. Ujian diagnostik (Audiometri, ECG Resting, ujian fungsi paru-paru, analisis kandungan badan, kepadatan mineral tulang)

iii. Penanda jantung

iv. Prosedur ultrasound (bahagian atas abdomen)

*kesemua ujian di pakej asas juga termasuk dalam pakej ini

Pemeriksaan Seluruh Badan : RM 1500

i. Oftalmologi

ii. Audiometri

iii. Pemeriksaan Gigi

iv. ENT

v. X-ray dada

vi. Ujian Fungsi Jantung

vii. Tekanan Darah / Ujian ketekanan / LCG

 

viii. Ultrasound

ix. Analisis Siri Darah (BC)

x. Pemeriksaan Nutrisi

xi. Nasihat Kesihatan

xii. Analisis Komposisi Badan

xiv. Pap Smear

xv. Ujian Ketumpatan Tulang

xvi. Mammogram  

Pemeriksaan Seluruh Badan : RM 4600

Pakej ini menawarkan 4 kali pemeriksaan kesihatan diagnostic sama ada anda ingin membawa 4 orang untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan tersebut ataupun anda boleh menyimpannya untuk diri anda untuk pemeriksaan kesihatan pada tahun seterusnya kerana pakej ini sah untuk 2 tahun.

Pemeriksaan Seluruh Badan : RM 10800

Pakej ini menawarkan 10 kali pemeriksaan kesihatan diagnostik dan sesuai jika anda ingin berkongsi dikalangan keluarga tersayang and juga sahabat.

Pemeriksaan Seluruh Badan : RM 20200

Pakej ini menawarkan 20 kali pemeriksaan kesihatan diagnostik dan amat sesuai untuk mereka yang berminat untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara berkumpulan ataupun berkongsi dikalangan ahli keluarga, saudara mara mahupun dalam kalangan pekerja.

Pra-perkahwinan : RM 700 (untuk 2 orang)

Pra-universiti : RM 130 setiap seorang

 

2. Pathlab (Pathology & Clinical Laboratory (M) Sdn Bhd

Gambar Pathlab

Pathlab mempunyai 46 cawangan di sekitar Malaysia dan terletak di kedudukan yang strategik iaitu di bandar-bandar utama. Pathlab bukan sahaja menawarkan khidmat penjagaan kesihatan malah mahir dalam pemeriksaan kesihatan, ujian darah, makmal perubatan dan banyak lagi. Mereka beroperasi pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, dari 8 pagi hingga 5 petang manakala pada hari Sabtu, beroperasi dari jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari sahaja. Selain itu, mereka juga sangat responsif terhadap sebarang pertanyaan daripada pelanggan. Mari lihat antara pakej terbaik yang mereka tawarkan:

Pakej Pemeriksaan Kesihatan

Diamond Blood & Urine Health: RM 453.68

i. Hematologi

ii. Ujian Fungsi Buah Pinggang

iii. Saringan Diabetes

iv. Profil lipid

v. Penanda Jantung

 

vi. Ujian Fungsi Jantung

vii. Serologi

viii. Saringan Tiroid

ix. Saringan Hepatitis

x. Ujian Penanda Tumor

xi. Ujian Air Kencing

Platinum Deluxe Health Profile: RM 1471.28

i. Ujian Risiko Kardiovaskular

ii. Ujian Penyakit Berjangkit

iii. Saringan RA

iv. Ujian Air Kencing

v. Saringan H.pylori Jangkitan

vi. Kajian Osteoporosis

vii. Ujian Pemantauan Diabetis

 

*semua ujian di dalam pakej Diamond turut termasuk di pakej ini

Pakej Diamond merupakan salah satu pakej pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh dan mengandungi sebanyak 66 jenis ujian. Selain dari ujian darah dan ujian air kencing, pakej ini juga turut mengandungi ujian penanda jantung, penanda kanser hidung, ujian kolon, ujian hati, ujian ovari dan lain-lain. Pakej Diamond ini turut menawarkan kepada anda 2 pilihan ujian, iaitu ujian HIV dengan kebenaran dan ujian ferritin untuk haemoglobin yang tidak normal sahaja.

Untuk pakej Platinum pula, pakej ini mengandungi 67 jenis ujian and mempunyai 6 pilihan ujian iaitu ujian kandungan kolesterol dan glukosa, ujian lengkap kiraan darah, ujian asid urik(Gout), ujian GGT (enzim hati), ujian fungsi buah pinggang dan ujian trigliserida (lemak badan).

Bagi pemeriksaan kesihatan pra-universiti pula, anda dikehendaki membawa surat ataupun sebarang borang yang berkaitan dari pihak universiti anda untuk membolehkan pihak Pathlab menjalankan ujian yang diperlukan sahaja mengikut jenis program ataupun kursus yang ditawarkan dan seperti mana yang diminta oleh pihak universiti.

 

3. Lablink Medical Laboratory

Gambar Lablink Medical Laboratory

Lablink Medical Laboratory dimiliki oleh KPJ Healthcare Berhad dan terletak hampir di seluruh Malaysia. Lablink menawarkan khidmat makmal perubatan yang seiring dengan misi mereka iaitu untuk menjadi “Sebuah Makmal Pilihan” di negara ini. Berikut adalah antara pakej pemeriksaan kesihatan yang ditawarkan oleh Lablink:

Pakej Pemeriksaan Kesihatan

Pemeriksaan Kesihatan Secara Menyeluruh: RM 85

i. Ujian pengiraan lengkap darah dan darah morfologi

ii. Pofil buah pinggang

i. Profil hati

ii. Profil lipid

iii. Diabetic Screen

iv. Ujian air kencing (FEME) & mikroskopik

v.  Ujian artritis reumatoid

vi. Tiroid ultra-sensitif

vii. Ujian meransang hormon (TSH)

viii. Ujian penyakit berjangkit ( Hepatitis A & B , sifilis & HIV )

ix.  Ujian kumpulan darah (ABO & Rhesus )

 

Ujian Tambahan

Harga (RM)

i. CEA

ii. PSA

iii. CA 19-9 

iv. CA-125 

v. CA-153 

vi. AFP 

vii. Stool Occult Blood

viii. EBV IgA VCA  

ix. Hepatitis C Virus Antibodies

x. Helicobacter Phylori

xi. Hemoglobin A1C (HBA1C)

 

                                10

10

10

10

10

10

15

25

25

25

20

Pemeriksaan Kesihatan Bagi Pra-Universiti : RM 43

i. Profil Pemeriksaan Perubatan (GP76A)

ii. Hemoglobin

iii. Kumpulan Darah

iv. Antibodi ke HIV1/HIV2 (AIDS)

v.  Ujian Air Kencing (FEME)

vi. Ujian Air Kencing Bagi Morfin, Heroin, Ganja Dan Derivative

Pemeriksaan Kesihatan Bagi Pra-Perkahwinan

i.  Pakej saringan pra-perkahwinan bagi lelaki (GP81B) – RM 235

ii. Pakej saringan pra-perkahwinan bagi wanita (GP81C) – RM 351


 Tempoh masa untuk mendapatkan keputusan bagi setiap pemeriksaan adalah bergantung pada jenis ujian yang diambil oleh anda. Sesetengah ujian hanya mengambil tidak sampai 30 minit dan ada juga memakan masa sehingga 3 hari untuk mendapatkan keputusan pemeriksaan tersebut.

 

4. Clinipath (M) Sdn. Bhd.

Gambar Clinipath Pathology Laboratory

Clinipath Pathology Laboratory adalah sebuah makmal perubatan diagnostik yang menawarkan perkhidmatan makmal sepenuhnya. Setakat ini, Clinipath menpunyai lebih kurang 20 cawangan yang beroperasi secara aktif di sekitar Malaysia. Selain itu, mereka juga menawarkan 2 jenis pakej pemeriksaan kesihatan iaitu HM4A AND HS2. Kebiasaannya, anda boleh mendapatkan keputusan pemeriksaan kesihatan anda dalam 1 ke 2 hari bekerja jika anda mengambil pakej HS2 dan hanya dalam 24 jam bagi pakej HM4A. Berikut adalah senarai ujian yang disedikan di dalam pakej:

Pakej Pemeriksaan Kesihatan

HM4A : RM 42.40

i.  Ujian Lengkap Kiraan Darah

ii. Profil Lipid

iii. Ujian Fungsi Hati

iv. Ujian Fungsi Buah Pinggang

v. Ujian Air Kencing (FEME)

HS2 : RM 122.95

 

i. Hepatitis B Ag & Ab

ii. VDRL

iii. Kumpulan ABO

iv. TSH

v. Ujian Alpha Fetoprotein

vi. Ujian Factor Rheumatoid

vii. HIV I & II

*semua ujian di pakej HM4A turut termasuk di dalam pakej ini

Selain itu, Clinipath juga kerap membuat promosi dengan memberi potongan harga kepada golongan tua yang ingin membuat pemeriksaan kesihatan. Jadi, bagi anda yang berhajat untuk membawa kedua ibubapa anda untuk membuat pemeriksaan kesihatan, Clinicpath adalah pilihan yang terbaik. Untuk keterangan lanjut mengenai promosi ini, anda boleh hubungi mereka atau terus ke cawangan Clinicpath berhampiran anda.

 

5. GHHS Healthcare

Gambar Golden Horses Health Sanctuary

Golden Horses Health Sanctuary atau lebih dikenali sebagai GHHS healthcare merupakan sebuah pusat penjagaan kesihatan yang mengamalkan falsafah “Mencegah Adalah Lebih Baik Daripada Merawat”.  Selain menawarkan khidmat pemeriksaan kesihatan, GHHS healthcare turut menawarkan perubatan tradisional cina. Anda juga boleh membuat pemeriksaan kesihatan pada hujung minggu memandangkan GHHS healthcare beroperasi setiap hari seawal 8 pagi sehingga 5 petang. 

Antara keistimewaan GHHS Healthcare berbanding pusat penjagaan kesihatan yang lain adalah GHHS Healthcare terletak di dalam hotel bertaraf 5 bintang di sekitar Seri Kembangan, Selangor. Jadi, sambil menunggu keputusan pemeriksaan kesihatan ataupun menunggu giliran untuk menjalani pemeriksaan, anda boleh menikmati pemandangan sekitar hotel yang indah serta menikmati jus dan ‘healthy meal bar’ yang diformulasikan oleh pakar nutrisi dan pakar pemakanan.

Pakej Pemeriksaan Kesihatan

Pakej ‘Advanced Executive’ :

Untuk perempuan adalah RM 1210 dan untuk lelaki adalah RM 11900

i. Penilaian klinikal

ii. Ujian Saringan Diabetis

iii. Penilaian Jantung

iv. Ujian Saringan Hepatitis B

v. Ujian Saringan Arthritis

vi. Ujian Pengiraan Lengkap Darah

vii. Profil Fungsi Hati

viii. Profil Fungsi Buah Pinggang

ix.  Pemeriksaan Oftalmik

x.  Ujian Penyakit Berjangkit

xi. Ujian Kumpulan Darah

xii. Ujian Saringan Gout

xiii. Ujian Saringan Kanser

xiv. Ujian Kalsium, Fosforus & Iron

xv. Profil Fungsi Tiroid

xvi. Ujian Air Kencing

xvii. Lain-lain (snek kesihatan, laporan perubatan dan  rundingan profesional)

Pakej ‘Comprehensive’ :

Untuk wanita adalah RM 2760 dan untuk lelaki adalah RM 2420

i. Penilaian Osteoporosis

ii. Ujian Saringan Kanser

iii. Ujian ENT

 

iv. Others (snek kesihatan, makan tengah hari yang sihat, laporan perubatan, rundingan profesional)

 

*semua ujian di pakej ‘Advanced Executive’ juga termasuk di dalam pakej ini

Anda akan menerima laporan perubatan untuk pakej ‘comprehensive’ pada hari yang sama anda membuat pemeriksaan kesihatan.

 

Selain dari pusat penjagaan kesihatan dan juga makmal, terdapat juga farmasi yang bergiat secara aktif dalam memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan namun hanya pada hari dan waktu yang tertentu sahaja. Kadangkala, mereka akan mengadakan ‘roadshow’ mahupun kempen khas bagi memberi khidmat pemeriksaan kesihatan kepada orang awam. Kebiasaannya, ujian asas seperti ujian tekanan darah ataupun ujian saringan diabetes diberikan secara percuma. Hanya pemeriksaan kesihatan lengkap sahaja akan dikenakan bayaran sekitar RM 60 hingga RM 150.

Segala aktiviti ‘roadshow’ mahupun kampen akan diwar-warkan di laman website farmasi tersebut dan pihak farmasi akan secara langsung memaklumkan kepada anda jika anda merupakan salah seeorang ahli farmasi mereka. Berbanding pusat penjagaan kesihatan ataupun makmal, perkhidmatan yang ditawarkan oleh farmasi agak terhad disebabkan mereka kekurangan peralatan dan tidak mempunyai makmal yang canggih.

Di sini, kami menyediakan infomasi mengenai skala harga yang dikenakan oleh beberapa buah farmasi bagi pemeriksaan kesihatan dan juga senarai ujian yang ditawarkan di dalam pakej tersebut.

 

1. Health Lane Pharmacy

Gambar Health Lane Pharmacy

Health Lane Pharmacy bukan hanya sebuah farmasi yang menjual produk kesihatan, bahkan mereka juga turut menawarkan kajian perubatan, rundingan perubatan, ujian tekanan darah, pemantauan glukosa darah dan banyak lagi secara percuma. Mereka juga mempunyai pakar nutrisi dan pakar pemakanan mereka tersendiri bagi membantu anda dalam mencapai tahap kesihatan yang baik melalui pengambilan nutrian dan pelan diet yang betul dan lain-lain.

 

Pasukan Health Lane juga aktif dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan banyak melakukan ‘roadshow’ sekitar Malaysia. Dalam ‘roadshow’ tersebut, mereka akan menawarkan perkhidmatan analisis makmal dan memberi sample produk kesihatan secara percuma kepada orang ramai seperti madu dan teh kesihatan. Mari kita lihat harga yang ditawarkan oleh Health Lane untuk pemeriksaan kesihatan:

Pakej Pemeriksaan Kesihatan

DRIC : RM 25 *mengandungi 8 ujian

 

i.   Ujian Saringan Diabetes

ii. Kajian Lipid

iii. Ujian Asid Urik

iv. Kreatinin

DR2B : RM 69 *mengandungi 58 ujian

i. Pemeriksaan Darah Lengkap

ii. Faktor ABO + RH

iii. Ujian Saringan Diabetes

iv. Kajian Lipid

v. Ujian Funsi Hati

vi. Ujian Fungsi Buah Pinggang

vii. Ujian Air Kencing(FEME) & Ujian Mikro

 

DR3A : RM 109 *mengandungi 64 ujian

i. Ujian Saringan Hepatitis B

ii. Ujian CRP (C-Protein reaktif)

iii. H.Pylori

iv. Ujian Tiroid

 

*all the tests in DR2B also includes in this package.

DR5 : RM 169 *mengandungi 67 ujian

i. Ujian Saringan Hepatitis A

ii. VDRL

iii. HIV

iv.  Ujian Rheumatoid

v. AFP (Penanda Tumor Hati)

vi. CEA (Kolon/Kanser Umum)

 

Platinum Profile *kesemua ujian di pakej DR5 turut termasuk di dalam pakej ini

Wanita : RM 290

Lelaki : RM 270

i. Ujian H-CRP

ii. Ujian CA 19-9 (Perut)

iii. Ujian CA 125 (Kanser Ovari)

iv. CA 15-3 Test ( Breast Cancer)

v. NPC / EBV

i. Ujian CA 19-9 (Perut)

ii. Ujian PSA (Kanser Prostat)

iii. NPC / EBV

Kelazimannya, keputusan bagi kesemua ujian yang telah diambil memakan masa selama 1 minggu untuk disiapkan dan anda boleh mengambil keputusan tersebut di Farmasi Health Lane tanpa perlu menunggu ‘roadshow’ yang seterusnya. Bagi ahli Farmasi Health Lane pula, anda boleh menikmati kadar bayaran yang rendah untuk pemeriksaan kesihatan di dalam farmasi.

 

2. Alpro Pharmacy

Gambar Farmasi Alpro

Farmasi Alpro menawarkan khidmat perundingan kesihatan secara percuma apabila anda mengunjungi cawangan mereka yang berdekatan. Waktu operasi farmasi ini adalah bergantung kepada kawasan sesebuah cawangan itu sendiri namun kebanyakkan cawangan mereka beroperasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Selain dari menjual produk kesihatan dan ubat-ubatan, Farmasi Alpro turut menyediakan khidmat pemeriksaan kesihatan. Berikut adalah senarai ujian serta harga yang ditawarkan oleh pihak Farmasi Alpro:

Pakej Pemeriksaan Kesihatan

Pemeriksaan Asas Kesihatan : RM 10 bagi setiap ujian

i. Pemantauan Tekanan Darah Dan Kadar Jantung

ii. Pemantaun Kandungan Glukosa Darah

iii. Ujian Penuh Kolestrol

iv. Profil Lipid (TC, LDL, HDL, TG).

v.  Ujian Asid Urik

vi. Ujian Kandungan Lemak Dan Air Di Dalam Badan

vii Ujian Pengerasan Ateri

viii. Analisis Indek Jisin Badan

ix. Ujian H.Pylori

x. Inexscan (Kehamilan yang tidak normal)

 

Walaubagaimanapun, pihak hospital juga turut tidak ketinggalan dalam menyediakan khidmat pemeriksaan kesihatan. Harga yang ditawarkan bagi pemeriksaan kesihatan kebiasaannya bergantung kepada pakej yang ditawarkan dan juga jenis ujian yang anda ingin jalani. Terdapat sesetengah pakej yang sedikit mahal kosnya dan terdapat juga pakej pemeriksaan kesihatan yang agak murah. Hal ini adalah bergantung kepada jumlah ujian yang diambil oleh anda.

Di sini, kami menyediakan beberapa cadangan mengenai hospital swasta yang terbaik dalam menawarkan khidmat pemeriksaan kesihatan.

 

1. Sunway Medical Centre

Gambar Sunway Medical Centre

Sunway Medical Centre merupakan salah sebuah pusat perubatan yang agak terkenal di Malaysia. Selain itu, mereka turut menyediakan beberapa pakej pemeriksaan kesihatan kepada orang awam dan beroperasi setiap hari Isnin hingga Sabtu, dari jam 8 pagi sehinggalah jam5.30 petang dan dari jam 8 pagi hingga jam 1 tengah hari pad hari Sabtu.

 

Pakej Pemeriksaan Kesihatan

Umum: RM 579

i. Pemeriksaan Klinikal

ii. BMI

iii. Ujian Penglihatan

iv. Ujian Saringan Tekanan Darah

 

v. Ujian Darah

vi. Ujian Air Kencing (FEME)

vii. X-ray Dada

viii. Rundingan & Laporan Kesihatan

Pakar : RM 695

i. Resting ECG

*kesemua ujian di pakej umum turut termasuk di dalam pakej ini.

Premier : RM 1024

i. Ultrasound Abdomen & Pelvis

ii. Ujian Fungsi Paru-Paru (PFT)

iii. Baucar minuman

*kesemua ujian di pakej Pakar turut termasuk di dalam pakej ini.

Saringan Pra-perkahwinan : RM 480 setiap pasangan / RM 265 setiap orang

i. Ujian Lengkap Kiraan Darah

ii. Filem Darah Periferi

iii. Kumpulan Darah

iv. HIV

v. Makmal Penyelidikan Penyakit Kelamin (VDRL)

vi. Ujian Saringan Hepatitis B

 

Anda dikehendaki membuat temujanji terlebih dahulu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan pihak hospital akan menetapkan tarikh yang sesuai untuk anda.

 

2. Gleneagles Medical Centre

Gambar Gleneagles Medical Centre

Gleneagles Medical Centre mempunyai cawangan hampir 20 buah cawangan sekitar di sekitar Malaysia. Anda boleh membuat tempahan temujanji bagi pemeriksaan kesihatan di lamam web rasmi cawangan mereka ataupun menerusi aplikasi WhatsApp. WhatsApp tersebut hanya beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat, dari jam 9 pagi hingga 5 petang manakala pada hari Sabtu akan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari sahaja. Berikut disertakan pakej pemeriksaan kesihatan dan juga harganya:

Pakej Pemeriksaan Kesihatan

Pemeriksaan Asas Kesihatan : RM 507

i. Pemeriksaan Fizikal

ii. ECG beserta Laporan

iii. Ujian Fungsi Paru-Paru Beserta Laporan

iv. X-ray dada beserta Laporan

v. Profil Pemeriksaan Umum 3*

vi. Semakan Semula Laporan

Pemeriksaan Kesihatan Lengkap: RM 1048

1. Ultrasound Abdomen dan Pelvis

 

*kesemua ujian di pakej asas turut termasuk di dalam pakej ini.

 

3. Pantai Hospital

Gambar Hospital Pantai

Hospital Pantai merupakan pusat perubatan yang sangat popular dari segi keselesaan sekitar wad mereka dan dilengkapi dengan kemudahan yang baik. Mereka juga menerima ribuan maklum balas positif daripada para pesakit dan sehingga kini mereka masih dalam proses membaiki khidmat mereka dari masa ke masa. Selain itu, Hospital Pantai juga mempunyai cawangan yang agak banyak di sekitar Malaysia. Oleh sebab itu, tidak menjadi masalah sekiranya anda ingin menggunakan khidmat mereka kerana anda boleh berkunjung ke cawangan mereka yang terletak hampir di seluruh Malaysia.

Pakej Pemeriksaan Kesihatan

Essential Package : RM 480

i. Pemeriksaan Klinikal

ii. Penilaian Kardiologi

iii. Ujian Pengimejan- x-ray dada

iv. Penyiasatan Makmal

 

v. Penilaian Penafasan- Ujian Fungsi Paru-Paru

vi. Perundingan dan kajian oleh doktor pemeriksaan kesihatan

vii. Minuman

Vital : RM 580*

Prestige Package : RM950*

*kesemua ujian yang terdapat di Essential Package juga termasuk di Vital dan Prestige packages namun dari segi jenis ujian mungkin sedikit berbeza.  

Anda boleh mendapatkan keputusan ujian pemeriksaan kesihatan dalam masa 2 hari sekiranya ujian pap smear tidak terlibat dan jika ujian pap smear turut terlibat, anda akan memperolehi keputusan tersebut dalam masa 5 hari.

 

Kesimpulannya, pemeriksaan kesihatan boleh dibuat di makmal patologi, farmasi mahupun hospital. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh ketiga-tiga pusat kesihatan ini sebenarnya seakan sama, namun dari segi harga pula agak berbeza disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah peralatan yang digunakan dan jenis ujian yang disediakan.

Sebagai seorang pelanggan, kita hendaklah mengetahui ujian apakah yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Jadi, dapatkanlah nasihat daripada yang pakar terlebih dahulu sebelum menjalani pemeriksaan kesihatan kerana perbezaan umur, jantina mahupun latar belakang keluarga akan mempengaruhi risiko mendapat penyakit. Selain itu, dengan mendapatkan khidmat nasihat pakar juga dapat menjimatkan wang dari melakukan ujian pemeriksaan kesihatan yang tidak diperlukan. Jadi, buatlah pilihan yang bijak dan kekal sihat.

 

Jika anda berminat untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai makmal, farmasi mahupun hospital swasta yang menyediakan khidmat pemeriksaan kesihatan, anda boleh klik pada link di bawah: 

Makmal Terbaik di Malaysia

Farmasi Terbaik di Malaysia

Hospital Terbaik di Malaysia

Share