BR1M 2017: Soalan Lazim Ditanya dan Jawapannya
Semakan Status Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017
1. Bagaimanakah cara untuk membuat semakan status Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017?
i. Semakan secara online
Semakan Status Pemohonan BR1M boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang rasmi e-BR1M: https://ebr1m.hasil.gov.my dengan memilih menu ‘Semakan Status’ dan tekan ‘Semakan Status BR1M 2017’.
ii. Semakan melalui Aplikasi “Semakan BR1M”
Anda boleh menyemak status permohonan dengan menggunakan Aplikasi “Semakan BR1M”. Berikut merupakan langkah-lagkah untuk menyemak status permohonan bagi penggunaan Aplikasi “Semakan BR1M” pada kali pertama.
a) Memuat turun di Play Store/ App Store pada telefon bimbit.
b) Buka aplikasi semakan yang telah berjaya dimuat turun, paparan Laman Utama akan dipaparkan.
c) Untuk membuat semakan permohonan, sila pilih tab ‘Semakan’. Masukkan nombor pengenalan di ruangan yang disediakan dan pilih ‘Semakan Status’.
d) Jawab 2 soalan keselamatan dengan betul. Pemohon diberikan sebanyak 3 kali cubaan untuk menjawab setiap soalan. Selepas 3 kali gagal menjawab, semakan tidak dapat dilakukan bagi nombor pengenalan tersebut. Sila hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang berdekatan untuk semakan lanjut.
e) Pemohon boleh menukar soalan dengan pilih butang ‘Tukar Soalan’.
f) Paparan keputusan akan dikeluarkan sekiranya pemohon berjaya menjawab dua soalan keselamatan
g) Pemohon boleh pilih pada tab ‘Hubungi’ untuk membuat panggilan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.
iii) Semakan melalui telefon
Semakan Status Permohonan BR1M 2017 boleh dibuat melalui telefon dengan menghubungi Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 / 03-88824566 atau mendail talian bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716. Waktu talian boleh dibuat pada setiap hari bekerja bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.
iv) Semakan dengan hadir sendiri ke cawangan LHDNM terpilih.
Pemohon boleh ke cawangan LHDNM tersebut yang terdapat di setiap negeri:
a) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
b) Pusat Khidmat Hasil Lembaga Hasil Dalam Negeri
c) UTC Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
2. Status permohonan saya ialah PERMOHONAN DITERIMA, adakah ia bermakna permohonan saya telah berjaya?
Ia menunjukkan bahawa permohonan pemohon telah didaftarkan bagi BR1M 2017 dan belum melalui proses semakan dan verifikasi kelayakan. Bagi penerima BR1M 2017, status permohonan diterima tidak menunjukkan permohonan telah diterima terutama bagi penerima BR1M 2015 yang tidak mengemas kini maklumat BR1M 2016 dan 2017. Kegagalan pemohon untuk mengemas kini permohonan amat berisiko kerana permohonan BR1M 2017 mungkin tidak akan diproses kecuali bagi permohonan warga emas sebatang kara.
3.Status permohonan saya ialah PERMOHONAN DALAM PROSES, apakah yang sepatutnya saya buat?
Anda hanya perlu menunggu dan menyemak status dari semasa ke semasa kerana permohonan anda dalam tindakan proses semakan dan verifikasi kelayakan.
4. Saya telah menyemak status permohonan, apakah yang dimaksudkan PERMOHONAN DITANGGUHKAN?
Ia bermakna permohonan anda belum didaftarkan bagi BR1M 2017 kerana anda tidak mengemas kini maklumat BR1M dari BR1M 2014 hingga BR1M 2016. Surat makluman akan dikeluarkan agar anda mengemas kini maklumat permohonan dengan menggunakan Borang Rayuan / Kemas Kini BR1M 2017 (BK-07) di LHDNM dalam tempoh rayuan BR1M 2017 bermula 03 April sehingga 31 Mei 2017. Kegagalan anda untuk berbuat demikian akan menyebabkan permohonan TIDAK LAYAK.
Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017
1. Siapakah yang layak memohon BR1M 2017? Apakah syarat kelayakannya?
i. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
ii. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
iii. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
iv. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
v. Tidak termasuk pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar.
2. Bagaimanakah cara permohonan BR1M 2017?
i. Permohonan Dalam Talian
Permohonan BR1M 2017 boleh dibuat di Portal Rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my
Permohonan dalam talian hanya boleh dibuat menggunakan komputer sahaja dan simpan salinan permohonan bagi tujuan rekod pendaftaran. Aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.
ii. Permohonan Melalui Borang
Borang BR1M 2017 boleh didapati secara percuma di:
a) Portal Rasmi BR1M LHDNM
b) Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
3. Apakah bentuk bantuan BR1M 2017 yang diberikan?
BR1M 2017 adalah dalam bentuk bantuan kewangan. Terdapat sedikit perubahan dalam BR1M 2017 berbanding dengan tahun 2016, ia termasuklah jumlah bayaran.
Ia dibahagi kepada 3 kategori iaitu:
i. Kategori Isi Rumah yang berpendapatan bulanan RM 3000 dan ke bawah
Kadar BR1M ditingkatkan daripada RM 1000 kepada RM 1200.
ii. Kategori Isi Rumah berpendapatan RM3001 hingga RM 4000
Kadar BR1M ditingkatkan daripada RM 800 kepada RM 900.
iii. Kategori Individu Bujang yang berpendapatan RM 2000 dan ke bawah
Kadar BR1M ditingkatkan daripada RM 400 kepada RM 450.
Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017
1. Bilakah saya akan menerima pembayaran BR1M 2017?
Pembayaran BR1M 2017 akan dibagi secara berperingkat. Terdapat 3 fasa bagi dua kategori Isi rumah yang mendapat bantuan yang berbeza dan 1 fasa bagi individu bujang. Jadual di bawah menunjukkan tarikh bayaran bagi kategori yang berbeza:
TARIKH BAYARAN BERMULA |
AMAUN BANTUAN |
||
RM1,200 |
RM900 |
RM450 |
|
Bayaran Pertama (Fasa 1) 18 Februari 2017 (Penunaian Baucar) 22 Februari 2017 (Pengkreditan ke akaun) |
400 |
300 |
450 |
Bayaran Kedua (Fasa 2) Jun 2017 |
400 |
300 |
- |
Bayaran Ketiga (Fasa 3) Ogos 2017 |
400 |
300 |
- |
2. Bagaimanakah cara pembayaran BR1M 2017?
Cara pembayaran BR1M 2017 adalah seperti berikut:
TEMPOH |
PERKARA |
CARA BAYARAN |
Fasa 1 |
Majlis Penyerahan Baucar |
Surat Makluman Lulus beserta Baucar bagi penerima yang terpilih |
Baucar |
Surat Makluman Lulus beserta Baucar bagi yang gagal dikredit ke akaun bank |
|
Pengkreditan Ke Akaun |
Pengkreditan ke akaun bank yang didaftarkan |
|
Fasa 2 dan 3 |
Baucar |
Surat Makluman Lulus beserta Baucar bagi tiada maklumat akaun dan gagal dikredit ke akaun bank |
Pengkreditan Ke Akaun |
Pengkreditan ke akaun bank yang didaftarkan |
3. Bagaimana dan di manakah boleh saya tukarkan baucer BR1M 2017 kepada tunai?
Penunaian BR1M 2017 boleh dibuat di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.
4. Apakah dokumen yang perlu dibawa untuk penunaian BR1M 2017?
i. Surat Makluman Lulus dan Baucar
ii. MyKad asal penerima
Kegagalan Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017
1. Mengapakah permohonan saya gagal?
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan permohonan anda gagal. Antara faktor-faktor yang biasanya menyebabkan permohonan gagal ialah:
i. Kesilapan semasa mengisi borang permohonan
ii. Tidak mengemaskini permohonan BR1M dalam tempoh 3 tahun kebelakangan terutamanya penerima BR1M yang sedia ada.
iii. Pemohon merupakan pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar.
iv. Permohonan lebih daripada satu kali.
v. Semakan data agensi mendapati pendapatan pemohon melebihi tahap pendapatan yang ditetapkan.
vi. Pemohon/ pasangan/tanggungan mempunyai perniagaan berdaftar tetapi maklumat pendapatan tidak disahkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
vii. Maklumat pemohon/ pasangan pemohon/ tanggungan pemohon tidak lengkap.
Rayuan Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017
1. Bagaimanakah saya boleh membuat rayuan permohonan?
Permohonan Rayuan BR1M 2017 boleh dibuat secara manual di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang terdekat dengan pemohon.
Untuk informasi penting bagi rayuan permohonan BR1M 2017, sila klik di link ini.