Apa Pesuruhjaya Sumpah buat di Malaysia
Terdapat ramai orang membuat tanggapan yang salah terhadap khidmat yang disediakan oleh Pesuruhanjaya Sumpah di Malaysia. Walaupun segelintir Pesuruhanjaya adalah peguam bela dan peguam cara, namun terdapat juga yang berperanan sebagai Pesuruhanjaya Sumpah sahaja. Jadi, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Pesuruhanjaya Sumpah ini?
Ramai yang keliru mengenai isu ini. Pesuruhanjaya merupakan saksi yang mengesahkan bahawa anda telah menandatangani sesuatu dokumen di hadapan mereka. Jangan berasa keliru dengan orang mahupun organisasi yang mengesahkan sesuatu dokumen. Mereka hanya akan memastikan anda menandatangani dokumen di hadapan mereka dan kemudian menjadi saksi kepada tandatangan tersebut.
Orang ataupun organisasi berasa lebih selamat jika terdapat setem atau tandatangan dari Pesuruhanjaya Sumpah. Mereka bukan sahaja menyaksikan tandatangan anda namun turut membaca sebarang dokumen untuk menilai sama ada ianya berbaloi ataupun tidak untuk ditandatangani. Mereka akan memberitahu anda jika terdapat sebarang klausa yang pelik dan menghalang anda dari menandatangani dokumen tersebut. Pada masa yang sama, Pegawai Sumpah akan bertanya sama ada anda memenuhi kehendak syarat dan memahami sepenuhnya apa yang anda tandatangani. Jika tidak, mereka tidak akan menandatangani untuk mengesahkan tandatangan di dokumen tersebut. Jika ada sebarang perlakuan jahat, anda boleh berhadapan dengan situasi yang merbahaya.
Persoalannya, berapakah jumlah yang harus dibayar? Baiklah, harga di semua negeri di Malaysia adalah sama termasuk Sabah dan Sarawak. Harganya adalah RM 4 setiap tandatangan untuk salinan asal manakala RM 2 setiap tandatangan untuk salinan fotostat. Harga tersebut hendaklah tidak melebihi dua jumlah ini.
Setiap Pesuruhanjaya Sumpah mempunyai buku rekod mengenai orang yang mereka menyaksikan untuk menulis maklumat seperti maklumat diri, nombor kad pengenalan dan juga jenis dokumen yang ditandatangani. Mereka akan menyimpan rekod setiap tandatangan yang mereka berikan.
Pesuruhanjaya Sumpah hanya boleh menandatangani dokumen di pejabat mereka dan di hadapan meraka sahaja. Ini termasuk dalam skop kerja mereka. Mereka akan memastikan anda hadir disana dan menurunkan tandatangan di hadapan mereka. Jika orang yang terlibat melebihi satu pihak, mereka semua dikehendaki hadir semasa tandatangan itu dijalankan. Semua pihak perlu menandatangani dukumen tersebut pada waktu yang sama di hadapan pegawai itu.
Pesuruhanjaya Sumpah TIDAK LAYAK untuk mengesahkan sebarang dokumen lain. Mereka dilarang berbuat demikian. Mereka boleh kehilangan lesen mereka jika mereka melakukan seperti itu. Mereka hanya menyaksikan tandatangan anda. Tetapi pada waktu yang sama, mereka dibenarkan untuk membuat pengesahan apapun jenis Surat Akuan Bersumpah. Harga yang dikenakan untuk pengesahan ini mungkin berbeza, dalam lingkungan RM 10 atau lebih.
Jadi, ini adalah sedikit sebanyak info mengenai Pesuruhanjaya Sumpah yang perlu diketahui oleh setiap lapisan masyarakat. Jika anda perlu menghubungi mana-mana Pesuruhanjaya Sumpah, anda boleh melawat LookP.com Jika anda mempunyai sebarang info untuk ditambah ataupun komen, sila berbuat demikian di ruang komen di bawah atau hubungi kami. Kami juga mempunyai senarai Pesuruhanjaya Sumpah di laman web kami. Juga, kami mempunyai senarai peguam dan firma guaman di sekitar Malaysia, jika anda mempunyai sebarang isu undang-undang untuk menyelesaikan.