Aktiviti bersuka ria untuk bermain dengan anak anda
Aktiviti bersuka ria untuk bermain dengan anak anda
Cuti sekolah akan tiba tidak lama lagi, apakah rancangan anda untuk si comel anda? Sila jangan hantar mereka ke kelas tuisyen tambahan, cuba meluangkankan masa dengan mereka untuk memberikan mereka zaman kanak-kanak yang baik. Tidak pasti bagaimana untuk melakukannya? Jangan bimbang, di sini ada senarai permainan yang anda boleh bermain dengan mereka:
-
Pemburu Harta Karun
Aktiviti ini, anda perlu meluangkan masa untuk membuat persiapan tetapi saya jamin, ia adalah berbaloi. Ini adalah permainan yang bagus untuk bermain dengan anak-anak, kerana anak-anak akan bergerak di setiap sudut rumah dan ini lebih baik daripada mereka asyik melekat depan TV atau tablet. Untuk bermula, perlu merancang dan menulis beberapa petunjuk untuk pemburu harta kurun ini. Anda juga boleh menggunakan lukisan, arahan mudah atau teka-teki untuk petunjuk, bergantung pada usia anak anda. Biasanya, saya akan menyerahkan petunjuk pertama sebelum permainan mula, yang kemudiannya akan membawa mereka ke tempat di mana petunjuk kedua itu sembunyi.
Contoh petunjuk pertama adalah ‘Petunjuk berikutnya tersembunyi dalam dunia yang ajaib, menyembunyikan mereka dari penglihatan “muggles”, bermakna saya memyembunyikan petunjuk kedua di salah satu buku bernama “Harry Potter”. Maka, petunjuk kedua adalah ‘Ia dijaga oleh raksasa purba cina’, ini memberi tunjukan maksud petunjuk disembunyikan di bawah jed naga hiasan yang ayah saya beli dari China. Petunjuk ketiga pula ‘tempat ini merupakan tempat yang paling sejuk dirumah’, jadi petunjuk berada di dalam peti sejuk. Sekarang anda sudah mendapat idea. Jika anda perlu lebih banyak idea, ini adalah salah satu contoh yang baik dan juga ini.
Anda juga boleh cuba mengguna watak Disney yang mereka gemar atau filem sebagai sebahagian daripada petunjuk untuk membantu mereka jike mereka tidak dapat meneka petunjuk yang diberi. Memberi petunjuk yang sesuai bukan jawapannya dan tidak keterlaluan, kerana ini boleh merosakkan keseronokan mainan ini. Seterusnya, jangan lupa untuk menyediakan gula-gula, coklat atau hadiah kecil untuk mereka pada akhirnya, untuk menggandakan keseronokan dan kegembiraan!
-
Mengimbas foto-foto lama
Bila kali terakhir anda menyusun gambar-gambar lama anda? Masalah dengan kamera digital adalah kita mengambil terlalu banyak gambar tetapi tidak mempunyai masa untuk menyusun kenangan-kenangan ini. Kadang-kala saya akan menyambung komputer riba saya (di mana saya menyimpan gambar saya) ke TV dan menonton gambar dan video dengan anak saya bersama. Saya juga akan memadamkan foto atau video yang tidak begitu baik pada masa itu juga dan menyediakan lebih banyak ruang dalam komputer riba saya.
Dengan anak-anak yang membesar dengan begitu pantas, anda mungkin perlu meneka anak yang mana dalam foto tertentu dan akan menjadi bahan ketawa untuk semua orang.
-
Membuat Kek dan Pastri
Jika anda atau pasangan anda mahir dalam membuat kek atau pastri, maka ini boleh menjadi salah satu pilihan anda. Biasanya isteri saya akan melakukan sesuatu yang mudah dengan anak-anak saya, seperti wafel dan pai. Ia adalah menyeronokkan dan mengeratkan hubungan dengan anak-anak. Malahan, membakar dengan anak-anak dapat mengajar mereka tentang kemahiran hidup sebenar, seperti perancangan, matematik dan banyak lagi.
Bagaimanakah jika anda mahu untuk melakukan ini tetapi tidak tahu caranya untuk membakar atau memasak? Anda boleh lihat video ini, ia mempunyai semua panduan membakar dengan anak-anak anda, kecuali makanan yang sebenar, tetapi siapa yang peduli, apa yang penting adalah anda menghabiskan masa yang berkualiti dengan anak-anak anda, bukan?
-
Mengunjungi Perpustakaan
Di Malaysia, kita mempunyai beberapa perpustakaan yang diuruskan dengan baik, terutamanya di KL dan Selangor. Memupuk tabiat membaca buku di kalangan kanak-kanak tidak mudah, tetapi ibu bapa harus berusaha untuk memupuk tabiat membaca. Salah satu kebaikan membaca buku adalah dapat mencapai keputusan yang cemerlang di sekolah, ini dapat membantu mereka belajar dengan cepat di sekolah.
Ini adalah sebuah artikel yang sangat baik tentang perpustakaan yang sesuai untuk kanak-kanak di Lembah Klang, sebagai alternatif, anda juga boleh menyemak laman web perpustakaan negeri bagi setiap negeri melalui pautan ini. Saya telah mengunjungi beberapa perpustakaan ini, kebanyakanya diurus dengan baik, disini mempunyai banyak buku untuk dipilih untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 12. Daripada menghabiskan hujung minggu anda di kompleks membeli-belah, kenapa tidak membawa anak-anak mengunjungi perpustakaan sebagai alternatif lain?
-
Permainan Video
Walaupun saya adalah seorang peminat permainanan video, tetapi saya sangat memilih dalam membeli permainan video untuk anak-anak saya. Di pasaran, terdapat beberapa permainan yang sesuai untuk keluarga dan anak-anak, terutamanya jika anda memiliki sebuah konsol mesin permainan, seperti PS4 dan XBOX. Untuk aktiviti keluarga, biasanya kita bermain permainann Xbox Kinect, permainan ini membolehkan anda bermain dengan menggunakan badan anda sebagai kawalan. Pada pendapat saya, ia juga merupakan satu mesin untuk melangsingkan badan, cubalah bermain selama satu jam dan anda akan mengetahui apa yang saya maksudkan. Anda juga boleh mendapatkan senarai permainan yang mesra keluarga di sini, tetapi berhati-hati dengan potensi bahaya yang mungkin berlaku.
-
Masa bercerita, oleh kanak-kanak
Saya pernah membacakan cerita kepada anak-anak saya semasa mereka masih kecil, tetapi sekarang mereka sedang membesar, menjadi lebih susah untuk mereka duduk di satu tempat. Tetapi itu tidak bermakna kita perlu membuang buku-buku cerita. Dari masa ke masa, kami akan melakukan aktiviti bercerita, tetapi bukan saya yang membaca cerita, saya akan minta mereka yang menceritakan kepada saya. Bahan cerita boleh diambil daripada cerita yang mereka pernah baca, atau cerita yang baru bergantung dengan daya cipta mereka. Kemudian saya akan bertanya soalan seperti mengapa puteri sentiasa berkahwin dengan seorang putera, atau apa kuasa ajaib yang watak mereka mempunyai, anda mungkin kagum dengan jawapan mereka.
Kami juga akan main permainan 'menyambung cerita', saya akan bermula dengan tema pembukaan, dan kemudian anak-anak akan mengambil giliran untuk meneruskan cerita dengan plot mereka sendiri. Sebagai contoh, saya akan bermula dengan 'Pada suatu masa dahulu, ada seorang puteri yang amat suka anjing dan membuat keputusan bahawa sesiapa di dalam kerajaan tidak boleh pelihara anjing kecuali dia sendiri....' kemudian membiarkan anak-anak terus dan melihat di mana ia akan membawa kita.
-
Membuat adunan mainan anda sendiri
Ia merupakan amat mudah, menyeronokkan dan mengambil masa kurang daripada 10 minit untuk membuat! Kerana ia hanya tepung dan pewarna makanan, ia adalah selamat untuk budak kecil sekalipun. Tips lain, jika anak-anak anda benar-benar suka Unicorn atau dinosaur yang mereka cipta, anda boleh membuat ia kekal dengan membakar di dalam ketuhar, di sini adalah arahan.
-
Taman Tema
Saya tahu kebanyakan daripada apa yang saya mencadangkan di sini adalah aktiviti dalam rumah, bagaimana jika anak anda mahu keluar rumah? Di Malaysia, terdapat cukup banyak taman tema indoor, kegemaran saya adalah Kidzania di The Curve dan Petrosains di KLCC, anda juga boleh tengok sini untuk lebih banyak pilihan taman tema.
Jadi, itu sahaja buat masa ini, adakah anda mempunyai idea yang lebih baik? Beritahu kami di ruangan komen atau emel kami di sini!