Kaedah Untuk Menghilangkan Lubang Jerawat
Bekas jerawat yang dalam dan berlubang amat mempengaruhi kecantikan wajah dan keterampilan seseorang baik wanita mahupun lelaki. Ia menjadi salah satu permasalahan kulit yang dihadapi ramai orang.
Jerawat yang mengakibatkan bopeng biasanya lebih besar, dalam dan lambat sembuh. Bagi wanita, bopeng akan membuat solekan pada wajah menjadi tidak rata malah menyukarkan mereka merias wajah.
Hampir kebanyakan orang menganggap bopeng sebagai masalah yang sangat menjengkelkan. Masalah ini tidak hanya mengganggu, bahkan boleh mengurangkan keyakinan diri apabila berdepan dengan orang lain. Ini kerana bekas jerawat memang cukup sukar dihilangkan malah memerlukan waktu yang cukup lama untuk dapat dikurangkan kesannya.
Tidak hanya itu penggunaan alat solek yang berlebihan dan salah juga dapat menyebabkan wajah menjadi kusam dan kerengsaan sehingga menimbulkan keradangan pada wajah.
Jerawat yang parah dapat menimbulkan lubang bekas jerawat atau yang sering disebut dengan bopeng. Oleh kerana itu jika saat ini anda tengah berjerawat parah, jangan membuang-buang waktu, lakukanlah tindakan sesegera mungkin, mengantisipasi agar tidak timbul bopeng dikemudian hari.
Jika sudah terlanjur anda memiliki bopeng/ lubang bekas jerawat, tidak perlu kuatir kerana kini sudah ada cara rawatan. Para ahli dermatologi memiliki banyak cara, iaitu dengan berbagai macam terapi yang dapat meminimalkan bekas luka (bopeng) yang tampak menjadi lebih baik serta mencegah pembentukan bekas luka yang baru.
Kaedah pertama secara peeling biasa digunakan untuk membantu menghilangkan lubang bekas jerawat. Kesannya membuat kulit terkelupas sehingga mengikis permukaan kulit yang tidak rata kerana lubang tadi. Langkah seperti ini perlu waktu lama, harus dilakukan berulangkali, dan ada risiko terjadi penipisan kulit bila terlalu sering. Ini merupakan langkah yang mudah dan murah.
Kaedah kedua, Mikrodermabrasi lain maksud kira-kira pengampelasan kulit dalam ukuran amat kecil. Ini adalah teknik mekanik menggunakan alat tertentu yang disebut mikrodermabrator, digosokkan ke kulit wajah. Mikrodermabrator ini memiliki bahagian tip (aplikator) yang dilapisi dengan berlian. Bahagian inilah yang digosokkan pada kulit wajah, sehingga kulit wajah menjadi halus dan mengurangi lubang-lubangnya. Cara ini juga perlu dilakukan berulangkali namun lebih aman dibanding peeling.
Kaedah seterusnya, Dermaroller merupakan kombinasi perawatan mekanik dan kimia. Alatnya berupa bagian semacam roda (roller) yang memiliki jarum-jarum yang kecil. Prinsip penggunaan dermaroller adalah melubangi kulit dengan ukuran dan kedalaman tertentu (mencapai lapisan dermis) agar bahan cream perawatan bisa langsung masuk ke lapisan dermis sehingga mempercepat pembentukan dan pertumbuhan lapisan kulit baru. Cara ini lebih efektif dengan biaya yang masih terjangkau. Jika masalah kulit sudah parah, misalnya hingga terbentuk jaringan parut (scars), maka perlu perawatan lebih lanjut yang tergolong kelas berat baik cara maupun biaya. Berikut ini cara untuk menghilangkan scars dan bekas jerawat yang sudah parah.
Anda boleh layari website ini untuk mendapat maklumat lebih lanjut mengenai pusat rawatan kecantikan di seluruh Malaysia
Source:
2. http://drandini.com/blog/cara-menyembuhkan-kulit-berlubang-bekas-jerawat/